Search This Blog

Sunday, 9 June 2019

Pulut Kuning Mudah


Bahan-bahan

1 kg beras pulut 
2 cawan santan pekat 
1 cawan air
2 keping asam keping
1 sb serbuk kunyit
1 sb gula
1 st garam
1 helai daun pandan

Cara :


  1. Basuh dan rendam beras pulut bersama asam keping dan serbuk kunyit semalaman.
  2. Panaskan kukusan. Toskan dan kukus beras pulut selama 20 minit. Masukkan daun pandan yang dicarik-carik dalam beras pulut.
  3. Jangan tutup api. Keluarkan pulut dan ketepikan.
  4. Panaskan santan, air, gula dan garam dalam periuk kecil. Jangan sampai mendidih.
  5. Gaul sebati santan tersebut dengan pulut tadi.
  6. Kukus semula selama 30 minit.
  7. Siap!

No comments:

Post a Comment