Search This Blog

Sunday, 9 June 2019

Rendang Daging

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 sb kerisik
  • 4 cawan santan pekat
  • setengah keping gula melaka
  • sedikit garam
Bahan A

  • 1 sb ketumbar
  • 1 sb jintan manis
  • 1 sb jintan putih
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 5 biji cili kering
**sangai bahan-bahan di atas dengan api perlahan dan kisar dengan pengisar kering.

Bahan B
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 batang serai 
  • 10 tangkai cili kering
**kisar/blender bahan-bahan di atas

Bahan hiasan dan penyedap
  • daun kunyit dan daun limau purut (gunting halus)

Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan bahan A dan kacau sebati.
  3. Masukkan daging dan 2 batang serai yang diketuk. Biarkan sehingga empuk. Kacau sekali-sekala.
  4. Apabila daging sedikit kering dan empuk masukkan santan dan masak sehingga kelihatan pekat.
  5. Masukkan gula melaka, kerisik dan garam.
  6. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  7. Siap!


No comments:

Post a Comment