Alhamdulillah.. sekarang saya dah hamil 33 minggu.. semoga anak mama berada dalam keadaan sihat sampai mama bersalin nanti ye.. hari ni saya nak kongsikan apa yang saya amalkan atau tips yang saya ikut sepanjang menunggu hampir 5 tahun berusaha untuk mengandung.. tips ni mungkin boleh dipertikaikan bagi sesetengah orang terutama yang mudah mendapatkan zuriat tapi saya berniat untuk kongsikan tips ini yang mungkin membantu kepada mereka yang hampir berputus asa.. semoga coretan saya ini memulihkan kembali semangat anda untuk berusaha mendapatkan zuriat.
- Jika kita pernah terlepas cakap tak nak anak lagi (biasanya masa baru-baru kahwin). Segeralah buat solat sunat taubat. Minta ampun pada Allah atas ketelanjuran kata-kata kita. Sentiasa ingat kata-kata adalah doa.
- Pergilah dapatkan rawatan dari doktor sakit puan (Gynaecology) apabila genap setahun kita kahwin dan masih belum ada tanda-tanda kita hamil. Dapatkan juga sokongan suami. Tujuan berjumpa doktor adalah untuk membantu kita mengetahui jika ada apa-apa masalah yang mengganggu usaha kita untuk hamil. Contohnya saya yang memiliki rahim terbalik (retroverted uterus). Walaupun ia tak mengganggu usaha untuk hamil tetapi ia menjadi salah satu kenapa saya lambat untuk hamil. Selain itu macam-macam lagi rawatan yang saya pernah lakukan seperti ambil clomid, check tiub fallopio dan macam-macam lagi. hampir 2 tahun saya saya dapatkan rawatan dari doktor sebelum saya berhenti apabila doktor pun cadangkan saya perlu tinggal bersama suami kalau saya betul-betul nak kan zuriat. Mungkin doktor pun tak tahu nak buat apa dah dekat saya ni. hehe..
- Doa. Ya, kalau nak sesuatu mesti semua akan berdoa kan. Tapi apa yang saya amalkan saya sentiada berdoa tanpa putus. Tanpa putus kat sini maksudnya sentiasa dan sentiasa berdoa tak kira kat mana-mana atau situasi. contoh situasi berdoa yang saya amalkan sewaktu azan berkumandang, saya doa dalam hati Ya Allah kurniakanlahku zuriat. Selesai azan baru tadah tangan dan baca doa selepas azan dan selitkan doa mohon zuriat dan saya dapat tukar untuk tinggal bersama suami. Doa sewaktu dalam kapal terbang (doa musafir kan) hehe.. dan doalah pada waktu-waktu yang afdal mengikut Islam contoh waktu hujan dan sebagainya. Jangan berputus asa dan bersungguh-sungguhlah sewaktu berdoa kepada Allah. Doa semasa sujud terakhir dalam setiap kali solat juga saya amalkan.
- Niat. Niat memang perkara yang kita tak sedar tentang kepentingannya termasuklah saya. Padahal dalam Islam niat tu sangatlah penting untuk perkara-perkara yang baik. Bila saya tengok sepupu saya mengandung saya tiba-tiba terdetik untuk berniat. Sebelum tu tak pernah pun saya terdetik untuk buat niat. Niat jelah dengan ayat sendiri dalam hati tu.. hehe.. contohnya Allah izinkanlah aku mengandung.. kasihanilah usiaku.
- Nazar. Nazar ni buatlah ikut kemampuan kita. Bagitahu suami apa nazar kita. Minta dia doakan juga sama-sama dengan kita. Saya nazar sembelih kambing je.. hehe.. alhamdulillah dah selesai tunaikan.
- Zikir. Ada seorang ustaz ajar saya. Amalkan zikir astaghfirullah hal azim 100 kali setiap hari pagi dan petang. Saya amalkan selepas solat subuh dan solat asar. lepas zikir baru berdoa. Sebelum zikir niatlah dalam hati yang kita menginginkan zuriat dan mintalah Allah tunaikan.
- Solat Sunat. Saya amalkan solat sunat sebelum subuh. Lagipun solat sunat sebelum subuh banyak kelebihannya. Cubalah google dan baca. Lagipun solat sunat sebelum subuh lebih mudah kita nak lakukan berbanding solat sunat dhuha. Kalau dapat solat kedua-duanya lagi bagus.
- Sedekah. Sentiasalah bersedekah walaupun sedikit. Nampak budak-budak kat pasar malam tu tengah main ke apa, janganlah kedekut keluarkanlah duit walaupun seringgit sorang. Sambil hulur tu berdoalah semoga Allah kurniakan kita zuriat. Sedekah ni tak kira mana-mana. Kalau beli kat pasar malam ada baki seringgit dua halalkan jelah. Tak payah minta baki. Sambil tu jangan lupa doa ye.
- Kirimkan doa kita pada kawan-kawan atau saudara-mara yang nak ke Mekah. Hulurlah sedekah bersama. Terus terang padanya minta dia doakan supaya kita memperoleh zuriat. Jangan sibuk nak kirim jubah pulak.. hehe
Selain daripada tips di atas, kita juga kena percaya dan yakin bahawa Allah menguji kita sesuai dengan kemampuan kita. Sentiasa muhasabah diri, mungkin kita belum mampu sebab tu Allah belum bagi apa yang kita nak. Macam saya, mungkin sebab saya tinggal berjauhan dengan suami. Ada hikmah yang saya tak nampak tapi Allah tu Maha Melihat. Sentiasa yakin Allah akan bagi kita zuriat tapi cuma belum sampai masa sahaja.
Mulakan tabungan. Niatkan duit tabungan tu untuk bakal anak kita nanti. Saya ada buat potongan gaji dan tabung tau untuk bakal anak. Duit itu lah saya guna untuk tampung beli keperluan baby saya nanti. Keperluan baby terutama anak pertama ni bukannya sikit. Nanti saya kongsi dalam entry seterusnya.
Jangan pedulikan kata-kata orang. Tipulah saya terselamat dari cemuhan orang terutama orang-orang tua yang mulutnya buat kita rasa geram nak marah balik je. Saya pernah ditanya sama ada mempunyai keturunan yang mandul ke sampai belum dikurniakan zuriat oleh seorang mak cik yang saya tak rapat pun. Cuba bayangkan dia tak pernah berbual dengan kita sebelum tu tapi tiba-tiba pertama kali jumpa terus ajukan kita soalan itu. Tapi biarlah jangan sensitif. Bayangkan je tengah lempang makcik tu dalam kepala k. Tumbuk mulut dia kuat-kuat tapi bayangkan je ok..
Pernah tak rasa sedih setiap kali tengok gambar kawan dalam FB upload gambar anak? Mesti pernah kan. Ok. mulai hari ni setiap kali ada kawan upload gambar anak dia, kita like je dan doa dalam hati semoga Allah kurniakan kita zuriat juga macam kawan kita tu.. hehe.. kalau 10 orang kawan kita upload satu hari dah 10 doa kita hari tu.. Jangan cemburu atau iri hati. Sentiasa berfikiran positif. Tapi bila saya hamil, saya rahsiakan daripada kawan-kawan FB saya. Saya teringat pada kawan-kawan yang belum dikurniakan zuriat. Jadi sedih pulak rasa nak kongsi di FB. Nanti dah bersalin nanti baru saya nak kongsi.
Sentiasa bergembira. Anggap je waktu yang Allah bagi pada kita dan suami tanpa zuriat ni adalah waktu honeymoon kita.. hehe.. Nak pergi mana-mana pergilah. Nak makan apa makanlah. Nak beli apa belilah. Selalulah pergi bercuti waktu ada kelapangan. Saya puas melancong dengan suami tapi dalam Malaysia jelah.. hehe.. nak berbelanja belanjalah tapi jangan lupa simpan dulu duit ye. Bukan main guna je duit sampai tak ada simpanan.
Jaga pemakanan. Saya ni dulu time belajar susah. Nak makan pun kadang-kadang berjimat. Bila dah mula kerja saya mula beli apa je yang saya nak makan. Berat badan saya memang naik dengan gembiranya. Sampai la satu masa saya mula tersedar ia mengganggu usaha saya untuk hamil. Saya mula berdiet dan amalkan makanan-makanan untuk ibu hamil walaupun masa tu belum hamil.. haha.. oh ya.. asid folik kena amalkan ye.. makan je setiap hari sebiji. Kalau ikut panduan kita memang kena amalkan asid folik 3 bulan sebelum kita ingin hamil. Saya akan mengalami senggugut yang agak teruk juga setiap kali period. Apa yang saya amalkan saya minum air kelapa pure pada hari-hari akhir period.. buat 3 hari berturut-turut.. tapi saya selalu skip sebab susah nak cari kelapa di tempat tinggal saya.. tambahan malas nak keluar sorang-sorang..
Last sekali, buatlah apa yang kita suka untuk elak tekanan. Yelah, nak zuriat ni memang jadi salah satu tekanan pada saya. Setiap kali period delay sentiasa saya berharap yang saya hamil. Bila test UPT negatif menangis jangan cakap. Sampai dekat suami pun tak nak cerita sebab tak nak dia pun sedih. Jadi carilah hobi yang buat kita tak banyak berfikir ke arah zuriat walaupun dalam kepala sentiasa berfikir.. hehe.. Saya?? Saya bela kucing. Kucing memang saya jaga macam jaga anak kot. Ceh.. belum ada anak tapi dah buat andaian sama. Hurm.. ada satu hari kucing sakit saya rasa nak MC je hari tu.. Ada pendapat cakap kalau hamil jangan main dengan kucing. Tapi saya dah bela. Tak kan lah nak jual pulak kan. Lagipun saya bela kucing indoor. Kucing saya bervaksin dan saya pantau kesihatan dia. InsyaAllah harap-harap tak ada apa-apa masalah. Ok.. setiap orang lain hobinya kan.. jadi buatlah apa-apa hobi yang elakkan tekanan k.. Nak sambung belajar pun ok jugak.. Saya pun sambung belajar juga.. tapi bila dah sarat camni rasa nak tangguhkan pun ada.. hehe.. nasib baik dah maklumkan pada pihak universiti dan mereka memahami..
Ok.. ini sahaja sedikit tips kehamilan daripada saya.. Lain orang mungkin lain tipsnya.. Tapi apa yang saya pegang dan percaya.. kalau cara di dunia ni kita dah buat dan belum berhasil, baliklah pada agama kita iaitu agama Islam.. dekatkanlah diri kita dengan Allah dan sentiasa buat perkara yang baik yang kita baru belajar. Jangan sesekali memperlekehkan perkara baik yang orang di sekeliling kita buat. Kalau perkara tu memang perkara yang baik kita buat jelah.. InsyaAllah, mungkin dalam 10 perkara yang baik kita lakukan ada satu keberkatan untuk kita memperoleh zuriat.. Mana tahu kan..
Jangan berputus asa.. Teruskan usaha dan yakin Allah tu maha mengetahui kemampuan kita dan bukan sengaja menguji kita dengan kesusahan memperoleh zuriat.. Ada hikmah terselindung dari mata kasar kita.. bersangka baiklah pada Allah.. tiada anak pun ujian ada anak pun ujian.. jadi sentiasalah berfikiran positif.. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua..
Terima kasih sudi membaca.. JIka ada tips lain boleh kongsi di ruangan komen..
Congrats sis. U are a very strong woman. Please take a good care of yourself and baby. I hope u will have a safe delivery. Enjoy ur motherhood journey later. Please pray for me too.
ReplyDelete