Search This Blog

Sunday, 9 June 2019

Rendang Daging

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 sb kerisik
  • 4 cawan santan pekat
  • setengah keping gula melaka
  • sedikit garam
Bahan A

  • 1 sb ketumbar
  • 1 sb jintan manis
  • 1 sb jintan putih
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 5 biji cili kering
**sangai bahan-bahan di atas dengan api perlahan dan kisar dengan pengisar kering.

Bahan B
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 batang serai 
  • 10 tangkai cili kering
**kisar/blender bahan-bahan di atas

Bahan hiasan dan penyedap
  • daun kunyit dan daun limau purut (gunting halus)

Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan bahan A dan kacau sebati.
  3. Masukkan daging dan 2 batang serai yang diketuk. Biarkan sehingga empuk. Kacau sekali-sekala.
  4. Apabila daging sedikit kering dan empuk masukkan santan dan masak sehingga kelihatan pekat.
  5. Masukkan gula melaka, kerisik dan garam.
  6. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  7. Siap!


Sambal Ikan bilis Mudah dan Pasti Sedap


Bahan-bahan :

bahan kisar

  • segenggam ikan bilis
  • segenggam cili kering (direbus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

  • setengah keping gula melaka
  • 1/2 st garam 
  • 1 sb gula
  • 1 asam keping
  • sedikit air 

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan 1 sb gula dan garam.
  3. Masukkan gula melaka, asam keping dengan sedikit air.
  4. masak sehingga kemerahan dan pecah minyak.
  5. Siap!

Ayam Goreng Berempah Mudah


Bahan-bahan :



  • 1 ekor ayam
  • 6 sb tepung jagung
  • 6 sb tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
Bahan Kisar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering (rebus terlebih dahulu)
  • 2 sb rempah kari ayam
  • 1 sb lada sulah
  • 1 biji telur
  • garam
Cara-cara :
  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung beras, tepung jagung dan daun kari sekurang-kurangnya 1 jam. 
  2. Panaskan minyak dan goreng.
  3. Siap!

Spageti Aglio Olio


Bahan-bahan :


  • sepeket spageti (direbus bersama sedikit garam dan minyak)
  • udang (buang separuh kulitnya)
  • olive oil
  • 10 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5-10 cili kering (digunting halus)
  • 1 sb oregano
  • 1 sb parsley flakes
  • 1 sb chili flakes
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 tin cendawan butang (dipotong nipis)
  • 1/2 st garam
  • 1 cawan susu segar/full cream/susu cair

Bahan Hiasan

  • tomato ceri
  • brokoli (dicelur)


Cara-cara :

  1. Rebus udang sekejap dan simpan airnya.
  2. Masukkan olive oil dan tumis bawang putih dan cili kering.
  3. Masukkan udang. 
  4. Masukkan oregano,  parsley flakes, chili flakes, serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  5. Masukkan cendawan butang.
  6. masukkan susu dan sedikit air rebusan udang.
  7. Masukkan garam.
  8. Masukkan spageti.
  9. Masukkan bahan hiasan.
  10. Siap!


* boleh juga guna lada capsicum sebagai bahan hiasan.
* daun ketumbar gantikan parsley
* gunakan udang dan sotong









Lamb Grill Mudah


Bahan-bahan :

8 keping hirisan daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
1 sb lada hitam (ditumbuk)
1 st rosemary (ditumbuk berasingan)
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos BBQ
1 st garam
1 sb minyak

Cara-cara :


  1. Masukkan minyak dan tumis bawang putih, halia, lada hitam. Tumiskan sebentar dan tutup api.
  2. Tumbuk rosemary sehingga lumat.
  3. ratakan bahan-bahan tersebut pada hirisan daging kambing.
  4. masukkan sos tiram, sos bbq, kicap dan garam.
  5. Perap 3-4 jam. boleh juga dimasukkan ke dalam peti ais (chiller).
  6. Bakar atas pan pun boleh.
  7. Siap!


Air Jagung Sedap

Bahan-bahan :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1/2  tin jagung manis
1 senduk perisa jagung
2 3 titik pewarna merah
secubit garam
1 cawan gula
2 botol mineral besar air masak

Cara-cara :

Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
Siap!


* kalau suka manis lebihkan susu dan gula.

Pulut Kuning Mudah


Bahan-bahan

1 kg beras pulut 
2 cawan santan pekat 
1 cawan air
2 keping asam keping
1 sb serbuk kunyit
1 sb gula
1 st garam
1 helai daun pandan

Cara :


  1. Basuh dan rendam beras pulut bersama asam keping dan serbuk kunyit semalaman.
  2. Panaskan kukusan. Toskan dan kukus beras pulut selama 20 minit. Masukkan daun pandan yang dicarik-carik dalam beras pulut.
  3. Jangan tutup api. Keluarkan pulut dan ketepikan.
  4. Panaskan santan, air, gula dan garam dalam periuk kecil. Jangan sampai mendidih.
  5. Gaul sebati santan tersebut dengan pulut tadi.
  6. Kukus semula selama 30 minit.
  7. Siap!