Search This Blog

Wednesday 2 July 2014

Snow Cheese Cake

   Bulan puasa kan?? Haha.. Haruslah gambar makanan.. Ni gambar lama sebenarnya.. Disebabkan hari ni tak tahu nak tulis apa kat blog ni.. Saya nak share resepi kek yang saya buat.. belajar buat sebenarnya.. Jadi sape yang tak pandai masak macam saya.. boleh cuba resepi ni sebab memang senang dan sedap.. dan paling penting kena tambah 5 gelas rajin.. sebab kalau takde kerajinan buat apa pun tak jadi.. cakap kat diri sendiri k.. hehe..




Bahan Kek :
6 biji telur ayam (putih sahaja)
1 cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sk ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis 
(guna mixer sampai betul2 berkrim)


Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kek kecuali mentega cair dan putar dalam mixer dengan kelajuan sederhana sehingga nampak pekat dan menjadi warna putih.
  2. Kemudian barulah masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sambil tu boleh siapkan loyang yang hendak digunakan. Alaskan dengan mentega atau minyak.
  4. Bakar menggunakan api atas dan bawah selama 1 jam dengan suhu 150'C.
  5. Selepas kek dah masak, sejukkan dulu baru belah di tengah-tengah kek menjadi dua bahagian. Gunakan pisau khas untuk potong kek kalau nak kek tu terpotong cantik. Kalau takde pisau tu guna pisau yang kita buat sapu mentega tu pun boleh..
  6. Sapukan cream cheese di tengah kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese di atas kek itu. Kalau banyak lebih sapukan 1 kek pun cantik.
  8. Kemudian, taburkan cheese kraf yang telah diparut di atas kek.
  9. Akhir sekali, masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru ngappppp.....! 

SELAMAT MENCUBA!



No comments:

Post a Comment