Search This Blog

Tuesday, 1 July 2014

Kalendar Puasa Saya

Eh, bukan saya punya ok! Hehe.. saya buat kalendar ni untuk anak-anak murid saya.. Janji saya.. siapa yang puasa penuh akan dapat hadiah raya.. Memang bersemangatlah diorang walaupun tak tahu hadiah apa yang diorang dapat.. 



Cara menggunakan kalendar ni.. ibu or ayah perlu tandatangan pada setiap tarikh yang anak diorang berpuasa.. Tapi hanya seorang je yang akan tandatangan sama ada ibu atau ayah.. Ini untuk tujuan adil.. Kemudian tandakan X pada tarikh yang anak diorang tidak berpuasa.. Senang je kalendar ni.. Ini boleh jugak dijadikan bahan peransang untuk ibu atau ayah yang nak galakkan anak mereka berpuasa.. Syarat yang saya tetapkan :

-mesti jujur
-seorang sahaja sama ada ibu atau ayah yang akan turunkan tandatangan
-kalendar ni mesti cantik dan bersih bila dikembalikan

Setakat hari ni semua berpuasa penuh kecuali seorang budak India dalam kelas saya.. Haruslah kan.. hehe
Tengah berfikir-fikir nak bagi hadiah apalah nanti.. budak-budak sekarang ni demand.. sampai takut nak bagi hadiah biasa.. Ikut zamanlah katakan..

Ok.. Selamat berpuasa untuk hari ke-4..


1 comment:

  1. post kat aku jgk. kalau boleh ngan masa bukak puasa stp hari yo

    ReplyDelete