Search This Blog

Saturday, 2 January 2016

Hikmah Sedekah Buat Saya



Semalam hari pendaftaran untuk murid-murid tahun 1. Kebanyakan daripada ibu bapa yang datang nampaknya takde masalah untuk membuat bayaran untuk keperluan buku tulis dan keperluan-keperluan lain. Sampailah ada seorang lelaki datang kat kaunter saya untuk daftarkan anaknya. Lelaki tu agak berusia dan saya sangka dia ingin mendaftarkan cucunya. Yang sebenarnya dia nak daftar anak bongsu dia.


Lepas saya jelaskan semua keperluan dan jumlah yang perlu di bayar. Lelaki tu minta saya kurangkan lagi jumlah bayaran. Saya kira balik dan tolak mana yang tak penting untuk dia dan beritahu jumlahnya RM71.50. Sekali lagi dia minta saya untuk kurangkan jumlah tersebut sbb dia hanya ada rm100 shj sementara menunggu gaji pada hari esoknya.

Tanpa buang masa, saya terus tulis resit RM71.20 dan saya minta dia tandatangan di hujung borang keperluan itu sebagai bukti yang dia dah bayar. Selesai itu, saya bagitahu dia, dekat resit saya tulis RM71.20 tapi dia cuma perlu bayar RM50 shj dan selebihnya saya bayarkan untuknya. Saya beritahu yang saya sedekah wang itu untuknya. Apabila mendengar kata-kata saya, dia terus lap matanya. Saya tak pasti adakah dia menangis atau sedang menahan sebak. Saya juga turut sebak kerana itulah pengalaman pertama saya menghadapi situasi ini. Berulang-ulang dia ucapkan terima kasih kepada saya. Rupa-rupanya dia menunggu giliran yang paling akhir untuk daftarkan anaknya. Mungkin segan kpd ibu bapa lain.

Selepas dia beredar, saya trus sebak membayangkan jika saya di tempat anaknya itu. Betapa besarnya pengorbanan ayah untuk pastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang selayaknya. Dan saya sangat beruntung mendapat ayah yang mampu untuk menyediakan segala keperluan saya sepanjang dia hidup. Walaupun ayah saya telah tiada, saya masih lagi mempunyai kehidupan senang walaupun mungkin tak kaya.. hehe..

Balik je ke rumah, saya buka FB.. tiba-tiba gembiranya hati saya ada seorang hamba Allah menawarkan vendor untuk saya dengan harga sewa serendah RM30 sahaja. Terus saya call suami dan bincang. Suami saya pun tertarik dan kami terus plan, minggu depan akan ambik batik dan letak kat vendor tu. Hamba Allah tu juga sangat baik. Dia tahu saya nak letak kain terus tanya saya nak gantung macam mana.. saya cuma bagi gambar dan dia terus ok. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.. klau kita ikhlas bersedekah Allah tak tunggu lama untuk buka rezeki untuk kita sebenarnya, Memang betullah klau nak kaya kena bersedekah sebab dengan bersedekah inilah salah satu cara kita bagi hak orang lain yang diberikan Allah melalui kita. Janji Allah juga takkan jatuh miskin kita dengan bersedekah ini. Semoga Allah terus memurahkan rezeki saya, keluarga saya dan orang-orang yang berada di persekitaran saya.


assalammualaikum...




No comments:

Post a Comment