Search This Blog

Wednesday 25 June 2014

Keajaiban Solat Dhuha

Ihsan Goggle


Hari ni saya nak share mengenai solat dhuha.. dulu saya bukanlah orang yang mengamalkan solat ini.. tetapi sekarang saya sangat percaya dengan solat dhuha ini ada beribu kebaikan.. daripada buku saya baca.. ada menyatakan tak kalah pahala orang mengerjakan solat dhuha ini dengan pahala orang pergi mengerjakan umrah.. 

Solat duha ini boleh dilaksanakan 2 rakaat sehingga 12 rakaat.. kalau sesibuk mana pun kita cubalah solat walau 2 rakaat sekalipun.. insyaAllah anda akan merasai keajaibannya pada hari tu jugak.. kalau dah jadikan solat ini sebagai amalan pula.. memang terasa sangat kalau kita tertinggal 1 hari pun..


Dalam hal ini, kita perlulah sentiasa mengingati Allah sewaktu bekerja melalui solat dhuha. Kerja yang seiring dengan solat dhuha adalah satu keseimbangan yang dapat memberikan kemudahan datangnya rezeki daripada setiap usaha yang kita kerjakan. Solat dhuha juga termasuk dalam solat awwabin iaitu solat yang dilaksanakan oleh orang yang ingin kembali kepada Allah dan bertaubat daripada segala dosa. Solat dhuha bukan sahaja memudahkan kita memperolehi rezeki malah ia menyucikan rezeki yang kita peroleh. 


Memang betul tau.. kalau kita melakukan solat ini secara rutin.. insyaAllah rezeki akan mengalir dengan lancar je.. itu pengalaman saya lah.. tapi kenalah ingat.. rezeki ni bukan melalui wang ringgit sahaja malah banyak lagi.. contohnya buah durian.. macam kelakar kan.. 1 hari tu saya buat solat dhuha.. sebelum balik tiba-tiba anak murid saya bagi 3 biji durian.. yang hairannya hanya saya sahaja guru yang mendapat durian pada hari tu.. hah.. itu pun rezeki kan.. siapa sangka rezeki saya hari tu dapat 3 biji durian kegemaran atok dan nenek saya di rumah.. Alhamdulillah. ..

No comments:

Post a Comment