Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Ilahi.. Cuti tanpa gajiku telah diluluskan oleh majikanku merangkap guru besarku... Syukur Ya Allah.. walaupun cuma 2 bulan tetapi perasaan nak bercuti tu macam nak cuti 2 tahun.. punyalah seronok memandangkan daripada kami mula-mula kawin.. kami tinggal berjauhan.. sorang di sini sorang di sinun.. mujurlah ada Airasia dan Mas.. Mereka berdualah yang selalu menyatukan perjumpaan kami.. hehe...
Oklah.. nak cerita sikit pasal cuti tanpa gaji untuk guru.. kalau untuk bukan guru banyak saya boleh google.. tapi untuk guru.. saya sendiri susah untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang ada dalam kepala..
Cuti tanpa gaji atau CTG yang saya pohon ni adalah cuti tanpa gaji mengikut Perintah Am Bab C Perkara 14 (a) dan (b) 1974 iaitu CTG disebabkan sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jarang kot orang ambil cuti yang ni.. sebab yang kebanyakannya orang ambil CTG menjaga anak.. yg tu lama sket.. berbaloi kot ambik.. macam CTG yang saya nak ambil ni cuma boleh ambil 30 hari untuk genap-genap tahun perkhidmatan.. macam saya dan berkhidmat 2 tahun 6 bulan so hanya layak ambik 2 bulan jelah iaitu 60 hari.. tak kisahlah.. asal bolehlah saya berehat sekejap selepas 2 tahun dok terbang sana terbang sini.. duit yang habis pun rasanya dah lebih dekat 20 ribu untuk perjalanan pergi balik sepanjang 2 tahun dok berulang-alik ni.. so 2 bulan cuti ni bolehlah saya berehat sekejap tarik-tarik nafas.. hehe..
Borang untuk permohonan CTG ni lebih kurang macam borang cuti tanpa rekod je.. cuma kita kena ubahsuai sikit biar bersesuaian dengan permohonan CTG ini.. disamping borang ini.. saya buat satu surat juga permohonan peribadi kepada pihak sekolah.. jadi ada 2 surat la yang saya sediakan dan serahkan kepada pihak sekolah.. settle yang tu serahkan pada kerani dan kerani akan buat 1 surat pulak menggunakan letter head sekolah kepada JPN.. nak cepat serahkan sendiri kepada JPN.. kalau ikut prosedur yang betul.. kita kena mohon 3 bulan daripada tarikh kita hendak bercuti.. jangan nak cuti minggu depan minggu ni baru mintak.. adush! (itu ayat kerani kat JPN yang saya call untuk tanya pasal CTG ni) hehe.. pinjam dialog ye kak..
selesai urusan yang tu... insyaAllah.. bolehlah kita bercuti dengan aman... walaupun seronok CTG saya dah diluluskan tetapi saya sangat berharap semoga pertukaran saya akan diluluskan.. bulan 9 ni saya akan isi lagi sekali permohonan pertukaran saya buat kali ke-5.. semoga kali ini rezeki pertukaran milik saya.. saya dah siap berangan-angan.. kalau saya dapat tukar untuk bulan Januari tahun depan.. bermakna bulan 12 ni saya kena datang sini angkut baranglah jawabnya.. tak kisah.. asal dapat dekat dengan hubby.. dah kahwin baru tahu kan susahnya hidup berjauhan dengan hubby.. sebelum kahwin konon kuat... padan muka saya! haha..
eeerrrr~
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, nk tanya kalau belum sah jwtn boleh apply ke ctg?
ReplyDeleteAssalamualikum cikgu..maaf ganggu. Utk ctg ni surat rasmi menyatakan sebab permohonan ctg dibuat kena mention pd siapa ye..pengetua atau ppd atau pengarah jpn? Ke kpm..t.kasih byk
ReplyDeleteNak tanye, boleh ke...ctg hingga ke tarikh pencen dan tidak perlu lagi kembali bekerja. Cadang nak ctg sblum pencen dan terus sambung pencen...dah malasla...
ReplyDeleteAlhamdulillah..sy pun tengah ctg skrg, tapi sy ambik yg cuti menjaga anak tu.sbb jpn ckp klu ada mslh melibatkn anak better ambik CMA
ReplyDelete