Search This Blog

Wednesday, 16 December 2015

Tips Jimat Pelihara Kucing

Hai.. hari ni tiba-tiba rasa nak kongsi tips jimat kalau nak memelihara kucing.. Ramai orang memang suka nak bela kucing ni tapi ada jugak yang berkira-kira mampu ke tak nak tanggung kucing dengan gaji yang cukup-cukup makan..

Baik tanpa membuang masa meh nak citer bak kata anak buah saya yang darjah satu tu.. hehe..

Antara keperluan-keperluan asas yang sangat penting :

Bawa Kucing Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu Menaiki Kapal Terbang

(copy mr google)

Hi.. assalammualaikum.. dah lama tak tulis blog.. hari ni geram sangat nak tulis sebab dah penat google prosedur cara nak bawa kucing menaiki kapal terbang dalam semenanjung sahaja. Yang banyak dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur. Jadi hari ni saya nak kongsi prosedur membawa kucing kesayangan kita yang tak boleh ditinggalkan tu ikut kita BALIK KAMPUNG... Yeaaaa.... haha.. 

Sebelum tu meh nak citer.. saya ada 3 ekor kucing. Yang saya nak bawa ni seekor je.. sebab yang seekor ni teramatlah manja dengan saya jadi tak sampai hati nk tinggalkan dia.. yang 2 ekor lagi saya boarding kat rumah kakak sepupu saya kat Nilai.. minta dia jagakan.. Nak tinggalkan yang 2 ekor ni pun punyalah sedih macam nak tinggalkan anak.. sampai sekarang dok teringat kat diorang..

Ok.. balik pada topik..

Sebelum tu perlu diingatkan hanya Malaysia Airlines (MAS)  sahaja yang membenarkan membawa haiwan kesayangan ok.. yang lain belum ada..

Saturday, 20 June 2015

Bilik Untuk Kucing

         Balik je dari Langkawi.. dengan bantuan mama dan husben.. kami bertungkus lumus membersihkan stor untuk dijadikan bilik kucing.. idea ni saya dapat masa saya ke rumah seorang kakak ni untuk beli kucing dia.. memandangkan ini adalah rumah peninggalan arwah nenek saya maka tahu-tahulah rumah tinggal yang baru nak duduk balik ni.. sbelum ni saya tinggal kat rumah nenek saudara saya yang cme sebelah rumah nenek saya ni je.. sepupu saya dapat kerja kat sini so dia ajak saya dok sini sama-sama dengan dia.. ok lah kan.. dok rumah sendiri walaupun rumah arwah nenek pun.. adalah privacy sket.. nak bela kucing pun bolehhhh.. haha.. tapi nak mengemaskan stor ni ya ampun.. dari pagi sampai malam.. nasib baik belum puasa masa tu..

         Ok.. jangan nak merepek lagi.. Kelebihan buat bilik untuk kucing ni adalah seperti berikut :


  1. Membezakan kawasan privacy kita dan kucing. Yelah kucing ni bulu dia sangatlah tak tahan. Hari-hari nak kena vacum kalau lekat kat karpet tu.
  2. Lebih yakin untuk yang beragama islam. Kebersihan tu kan penting. Tambah-tambah macam saya ada kitten yang tak pandai poo poo kat pasir die lagi. 
  3. Kawasan lebih luas untuk kucing berbanding duduk dalam sangkar.
  4. Perkembangan kucing akan jadi lebih baik. Dalam bilik ni dia boleh berlari. Siap main kejar-kejar lagi.
  5. Rumah pun tak berbau kucing sangat terutama bau najis kucing.
  6. Rumah tak terkepung. Yelah dah bela kucing comel-comel ni dah tak boleh nak buka pintu bagi angin masuk. Jap lagi angin masuk kucing kau yang keluar.. hehe.. (sebenarnya saya rimas dok dalam rumah pintu tingkap tak boleh nak buka)
  7. Keselamatan kucing pun lebih terjamin. Yelah sekarang kucing pun orang nak curi. Hati tuan kucing pun tak tenteram klau kucing dok dalam sangkar kat luar rumah kan..
  8. Sofa korang pun terselamat daripada dijadikan tempat scratcher diorang. 
  9. Kita pun boleh lepak sekali dalam bilik tu sambil tulis blog dan pandang diorang main.. haha..

setakat ni alhamdulillah.. rasa berbaloi buat bilik untuk kucing.. lepas ni kalau ada rezeki nak cat pulak bilik ni bagi nampak comel sikit.. hehe.. insyaAllah.. 

tata


Kitten Baru

Hi.. lama gile saya tak berblog.. ini 1st entry saya untuk tahun 2015.. haha.. ok.. saya br ambik kitten baru.. bagi nama Molly.. Molly ni female.. beli sebab konon-konon nak bagi bini kat kucing jantan saya nama Teddy.. Molly ni kecik lagi baru 2bulan+ Teddy pulak dah setahun.. saje beli kitten sebab nak mudah bagi serasi.. yelah kitten ni die x tahu pape lagi.. tahu nak main je kan.. gaduh2 tak pandai.. cume risau kat Teddy nanti bila jumpa Molly..

     Molly ni saya bela dulu sementara bagi besar sikit.. sebab kesian kat suami nak kena jaga kucing kecik yang sedikit cerewet ni.. sy dengan husben dok berjauhan.. sorang jaga Teddy sorang jaga Molly.. balik raya nanti baru nak bawa balik Besut dok dengan Teddy.. semoga Teddy gembira dengan kawan merangkap makwe yang tuan die pilih untuk dia.. kesian kat Teddy membesar sorang-sorang.. maafkan aku Teddy.. ( bukan Teddy boleh baca punnnn)

       Ni dia Molly.... taraaaaa.... comel tak... comel tak????

Saya pilih warna ala-ala ragdoll sebab Teddy pun warna bulu dia lebih kurang macam ni jugak.. kenapa warna macam ni???? Ok.. meh nak citer..
 
    Dulu masa darjah 6.. saya bela meow nama musang.. warna die sebijik macam Teddy ni..


Masa tingkatan 4.. Musang tu mati.. menangis-nangis saya bermalam-malam sebab terlalu rindukan dia.. yelah Musang tu kucing yang bijak giler.. pandai poo poo kat dalam mangkuk tandas lagi.. cme tak tahu nak flush je.. hehe.. lepas tu cerdik gile.. klau saya jerit je nama die memang sekejapan (bahasa untuk melambangkan sekejap giler) dia sampai depan saya.. kalau saya jerit nama Teddy sekarang minta maaf kucing tu buat tak tahu je..Musang ni mati sebab rasa macam kena racun.. yelah.. saya bela lepas.. masa tu budak-budak lagi.. tak pandai sangat bab kucing.. sekadar minat je kan.. kalau ikut sebenar mama yang jaga.. haha.. saya tukang belai dia je..

    Ok.. semoga Teddy dapat menerima Molly dengan seadanya.. sebelum berakhir.. silalah nikmati gambar Molly yang comot momot ni.. sebab husben cakap nak mandikan tapi tak buat-buat lagiiiii... pemalas betul kau ni zetty.. dok harap kat husben..



Tata..