(copy mr google)
Hi.. assalammualaikum.. dah lama tak tulis blog.. hari ni geram sangat nak tulis sebab dah penat google prosedur cara nak bawa kucing menaiki kapal terbang dalam semenanjung sahaja. Yang banyak dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur. Jadi hari ni saya nak kongsi prosedur membawa kucing kesayangan kita yang tak boleh ditinggalkan tu ikut kita BALIK KAMPUNG... Yeaaaa.... haha..
Sebelum tu meh nak citer.. saya ada 3 ekor kucing. Yang saya nak bawa ni seekor je.. sebab yang seekor ni teramatlah manja dengan saya jadi tak sampai hati nk tinggalkan dia.. yang 2 ekor lagi saya boarding kat rumah kakak sepupu saya kat Nilai.. minta dia jagakan.. Nak tinggalkan yang 2 ekor ni pun punyalah sedih macam nak tinggalkan anak.. sampai sekarang dok teringat kat diorang..
Ok.. balik pada topik..
Sebelum tu perlu diingatkan hanya Malaysia Airlines (MAS) sahaja yang membenarkan membawa haiwan kesayangan ok.. yang lain belum ada..
Ok.. langkah-langkahnya seperti berikut :
SEBELUM PENERBANGAN
- Pastikan kucing yang kita nak bawa tu ada kad kesihatan (Pet Health Record) dan Passport Haiwan. Kad kesihatan untuk bukti kucing kita dah di vaksin. Passport pulak untuk elak berlaku masalah ada pulak yang mengaku tu kucing kita. Masa kita buat passport ni nanti doktor akan tanam cip dalam badan kucing tu.. cip tu kecil je..besar beras je.. dekat passport tu ad ID kucing kite tu.. cip ni ad expired date.. dalam 5 tahun tapi bergantung tarikh kita tanam cip tu..jadi lebih baik nak naik flight pegi buat 5 hari awal dari tarikh penerbangan kita untuk elak membazir je..membazir itu amalan Syaitooonn... tapi sebenarnya tak perlu pun.. sebab masa saya cek in hari tu tak ada pun dia scan id kucing saya tu tapi untuk elak masalah buat jelah passport tu.. harga dalam RM30.00 untuk seekor kucing..
- Pastikan cage carriage kita tu layak untuk menaiki flight. senang je pergi je mana-mana pet shop insyaAllah diorang tahu mana yang lepas untuk menaiki flight.
Contoh carrier cage yang boleh
Ni Kad Kesihatan Mickey.. Passport tak sempat siap jadi DR tampal id passport dia je kat situ..
SEMASA HARI PENERBANGAN
- Ok hari penerbangan tu pastikan bawa passport dan kad kesihatan kucing tu ye..
- Kemudian, bawa kucing ke Kaunter Cek In. Tolong datang awal.. macam saya flight jam 6.25ptg.. Pukul 4 dah kena ada kat situ.. hehe..yelah takut orang ramai kan.. jap lagi terlepas flight ambik kaw.. hehe.. lagi satu tak semua staff MAS yang biasa mengendalikan kes bawa haiwan ni.. so lebih baik pergi awal supaya diorang ada masa nak rujuk kat pejabat diorang..
- Lepas cek in nanti ada staff daripada Alam Bersih ambil kucing tu bawa ke tempat bagasi lebih tu.. kemudian akan ada seorang polis yang akan iring kucing kita tu sampai ke kapal terbang,. cewaahhh.. bab ni rs menyampah pulak kat dak Mickey tu.. amboi.. siap polis teman lagi.. Sambil tu doa minta kucing kita selamat la hendaknya. Risau la jugak.. Bab bayaran pulak nanti staff MAS kat kaunter tu akan timbang berat kucing kita sekali dengan cage carriage tu.. 1kg = RM13.00.. nanti die akan suruh pergi buat bayaran kat kaunter G19 iaitu kaunter bayaran untuk bagasi lebih..
- Siap.. saya pun berjalan la laki bini ke flight kami.. hehe.. setiap 5minit saya tanya suami macamana la mickey.. sampai suami malas layan.. hehe..
total semua RM82.70 termasuk GST
Dah sampai Kota Bharu nanti.. tunggu jelah kat tempat mengambil bagasi tu.. nanti ada je staff dia bawa..
Ok.. itu saja perkongsian saya...harap dapat membantu mereka yang nak bawa kucing kesayangan balik kampung dengan menaiki flight.. jumpa lagi..
oK.. bai...
Posting ni dah lama . Tapi amat bguna utk sy sbb nak bwk blik kucing ke kb . Thank you so muchhhh .
ReplyDeletesama2.. hehe
Deletepuas cari info utk bawa kucing balik dri kl ke KB. akhirnya jumpa juga. thanks tuan tanah sudi kongsikan infonya!!!
ReplyDeletesama2.. sekadar perkongsian biasa..
DeleteSalam, bagaimana pula dari kb ke kl? Prosedur yg sama ke ?
ReplyDeletemaaf.. dah lama tak menjenguk blog ni. dr kb ke kl pun prosedur sama @ lebih kurang. cuma kadang2 staff berbeza dan lain songehnya.. hehe
Deletedy ada had limit x berapa ekor yg kita boleh bawa? ank kucing boleh x?
ReplyDeletetakde masalah.. cuma untuk elak masalah lain. 1 kucing 1 carrier cage. pengalaman saya pernah 2 kali bawa 2 ekor kucing 1 carrier cage. pengalaman pertama dibenarkan kali ke 2 tidak dibenarkan. selepas saya tunjukkan bukti yang saya pernah bawa 2 ekor kucing sekali dalam 1 carrier cage baru dibenarkan.
Deletedy ada had limit x berapa ekor yg kita boleh bawa? ank kucing boleh x?
ReplyDeletetakde had.. cuma seeloknya kalau nak elak masalah.. satu kucing satu carrier cage..
DeleteSalam kalau pasport dan tanam microchip tu blh buat dkt jbtn perkhidmatan veterinar je ke?
ReplyDeleteboleh.. swasta pun boleh.. sama je..
DeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat tentang kucing naik kapalterbang ni... very helpful.
ReplyDeletesama-sama.. alhamdulillah..
Deleteaskum.. nak tumpang tanya.. so awak takder isi borang import ke dr pihak sabah? kucing kena kuarantin tak bila sampai KK?
ReplyDeleteSaya ni nk bawa balik en meow saya ke kb utk raya ni 15/6/18. Prosedur document kena ada passport & Pet health rekod masih sama ke atau perlu lain2 document. Sbb saya pergi tanya Jab Veterinar Wilayah Persekutuan cheras. Byk sungguh songelnya.
ReplyDeleteSalam, saya jugak nak tahu, masih available ke cara ni tahun 2019. saya pon nak beli kucing jugak di KL, transfer guna flight. Bila perlu kita mention kita nak bawak kucing..? masa check in nnt ?
ReplyDeleteSaya pula nak bawa balik kucing dari miri ke alor setar. Jadi saya akan transit dahulu di kuala lumpur. Adakah saya perlu mengambil dahulu kucing saya di kl dan hantar lagi sekali ke kaunter untuk tujuan ke alor setar. Atau kucing saya akan terus ke alor setar seperti luggage2 saya yg lain.
ReplyDeletesaya pun nak bawa kucing jugak ni dari Sibu ke Alor Setar. adui pening...
DeleteAda kena isi borang apa2 ke? Sy nk bwk kucing sy dari kelantan ke sabah
ReplyDeleteDear Natasha,
DeleteStep 1 - You need to bring yr cat to klinik veteniari kerajaan to get Rabies Jab first. Tell them that u are taking your pet to Sabah. This klinik will issue a passport for yr cat with a certification of rabies jab in it. Airline requires this rabies jab for all animals flying on their flights.
Step 2 - Get an airline standard pet carrier.
Step 3 - When u book yr airline ticket, make sure to mention that u have yr pet Flying with you. Your pet & it’s carrier are considered an excess baggage to yr ticket.
Step 4 - When u arrive at the airport, the check in counter will weight yr pet & carrier and check yr pet passport. They will charge you according to yr pet weight and you may need to pay to the airline staff for the pet excess baggage. Usually is about RM250 - RM350.
Leave yr pet at the counter and they will take care the rest. Then U can proceed to board yr flight at the designated gate.
Only Malaysia Airlines allows pets on board the plane. Im not sure about other airlines.
Hope this helps.
Datin Nik Edora
0133303355
However, just double check again procedures ini kot2 malaysia Airlines dh tukar kpd new rules.
DeleteSy nk bawak kucing 1hb Nov KL ke Trg dh vaksin ada surat semua Dr vet tp utk microchip tu sy tak buat. Perlu ke or macam mana? Coz sy dh call airline tnya dieorg bagithu perlukan cert/surat dari vet menyatakan kucing takda masalah utk fly Dan takda mention pasal chip n passport semua
ReplyDeleteYa u mesti buat chip & passport di Hospital Vet Kerajaan di Cheras. Ini wajib.
DeleteDan mesti ada kad kesihatan kuching yg juga boleh dibuat di situ. Bayaran murah sahaja.
ReplyDeleteKuching mesti di vaksin Rabbies juga. Boleh buat di hospital bet cheras ni juga. Wajib juga utk travel melalui udara. 3 perkara yg wajib,
ReplyDeleteImplant Chip
passport kuching
Vaksin Rabbies
Semua boleh di buat di Hospital Veterinar Cheras KL
assalamualaikum.
ReplyDeleteHarap Puan masih buka blog ni. Saya nak bawa kucing naik flight juga dari KUL-KBR. document yang perlu disediakan masih sama ke?
Ya sama
Delete