Search This Blog

Sunday, 29 June 2014

Family Dinner Sebelum Berpuasa

PUASA dah Tiba!

Puasa 2014 dah tiba.. Sebelum berpuasa saya dan keluarga makan-makan dulu..Restoran Kahfi jadi pilihan kami untuk menjamu selera.. Memang sedap masakan kat restoran ni tetapi sebab dah seronok sangat berkumpul saya jadi dah kenyang.. hehe.. bukan senang kami adik-beradik nak berkumpul bila masing-masing dah kahwin.. Adik seorang je belum kahwin.. 

Kahfi Restoran ni terletak di Wakaf Bharu, Tumpat.. 
No. Telefon : 0199392001
Nak booking mudah sangat.. cuma telefon je lepas tu bagitahu nak order apa.. 
Laici Kang dia memang sedappp....

Wednesday, 25 June 2014

Cuti Tanpa Gaji


Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Ilahi.. Cuti tanpa gajiku telah diluluskan oleh majikanku merangkap guru besarku... Syukur Ya Allah.. walaupun cuma 2 bulan tetapi perasaan nak bercuti tu macam nak cuti 2 tahun.. punyalah seronok memandangkan daripada kami mula-mula kawin.. kami tinggal berjauhan.. sorang di sini sorang di sinun.. mujurlah ada Airasia dan Mas.. Mereka berdualah yang selalu menyatukan perjumpaan kami.. hehe...

Keajaiban Solat Dhuha

Ihsan Goggle


Hari ni saya nak share mengenai solat dhuha.. dulu saya bukanlah orang yang mengamalkan solat ini.. tetapi sekarang saya sangat percaya dengan solat dhuha ini ada beribu kebaikan.. daripada buku saya baca.. ada menyatakan tak kalah pahala orang mengerjakan solat dhuha ini dengan pahala orang pergi mengerjakan umrah..