(copy mr google)
Hi.. assalammualaikum.. dah lama tak tulis blog.. hari ni geram sangat nak tulis sebab dah penat google prosedur cara nak bawa kucing menaiki kapal terbang dalam semenanjung sahaja. Yang banyak dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur. Jadi hari ni saya nak kongsi prosedur membawa kucing kesayangan kita yang tak boleh ditinggalkan tu ikut kita BALIK KAMPUNG... Yeaaaa.... haha..
Sebelum tu meh nak citer.. saya ada 3 ekor kucing. Yang saya nak bawa ni seekor je.. sebab yang seekor ni teramatlah manja dengan saya jadi tak sampai hati nk tinggalkan dia.. yang 2 ekor lagi saya boarding kat rumah kakak sepupu saya kat Nilai.. minta dia jagakan.. Nak tinggalkan yang 2 ekor ni pun punyalah sedih macam nak tinggalkan anak.. sampai sekarang dok teringat kat diorang..
Ok.. balik pada topik..
Sebelum tu perlu diingatkan hanya Malaysia Airlines (MAS) sahaja yang membenarkan membawa haiwan kesayangan ok.. yang lain belum ada..