Ok.. jangan nak merepek lagi.. Kelebihan buat bilik untuk kucing ni adalah seperti berikut :
- Membezakan kawasan privacy kita dan kucing. Yelah kucing ni bulu dia sangatlah tak tahan. Hari-hari nak kena vacum kalau lekat kat karpet tu.
- Lebih yakin untuk yang beragama islam. Kebersihan tu kan penting. Tambah-tambah macam saya ada kitten yang tak pandai poo poo kat pasir die lagi.
- Kawasan lebih luas untuk kucing berbanding duduk dalam sangkar.
- Perkembangan kucing akan jadi lebih baik. Dalam bilik ni dia boleh berlari. Siap main kejar-kejar lagi.
- Rumah pun tak berbau kucing sangat terutama bau najis kucing.
- Rumah tak terkepung. Yelah dah bela kucing comel-comel ni dah tak boleh nak buka pintu bagi angin masuk. Jap lagi angin masuk kucing kau yang keluar.. hehe.. (sebenarnya saya rimas dok dalam rumah pintu tingkap tak boleh nak buka)
- Keselamatan kucing pun lebih terjamin. Yelah sekarang kucing pun orang nak curi. Hati tuan kucing pun tak tenteram klau kucing dok dalam sangkar kat luar rumah kan..
- Sofa korang pun terselamat daripada dijadikan tempat scratcher diorang.
- Kita pun boleh lepak sekali dalam bilik tu sambil tulis blog dan pandang diorang main.. haha..
setakat ni alhamdulillah.. rasa berbaloi buat bilik untuk kucing.. lepas ni kalau ada rezeki nak cat pulak bilik ni bagi nampak comel sikit.. hehe.. insyaAllah..
tata